sukan

Masa depan Jordi Amat bersama JDT akhirnya terjawab

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan Jordi Amat tidak akan meninggalkan juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu.

Pengesahan dibuat Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu pasti melegakan seluruh peminat JDT susulan terdapat laporan bahawa kapten Harimau Selatan berkenaan akan berhijrah ke pasukan lain.

“Nope (tidak),” tulis TMJ ringkas pada ruangan komen di Instagram, malaysiafootballleague selepas tonggak pertahanan itu dikaitkan akan berhijrah ke kelab Turkiye, Trabzonspor.

Sebelum ini, salah satu media Turkiye membuat laporan mendakwa pemain berusia 31 tahun itu akan menandatangani kontrak bersama kelab terbabit.

Media berkenaan menyatakan bahawa jurulatih Trabzonspor, Nenad Bjelica mahukan khidmat Jordi bagi memperkuatkan lagi bahagian benteng pasukannya.

sumber:- BH

Jordi menyertai JDT pada pertengahan musim lalu yang menyaksikan dia membantu skuad itu memenangi beberapa kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia termasuk Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.