sukan

Kelantan FC masih belum boleh lega

Pengendali Kelantan FC, Angel Alfredo Vera menuntut pemain muda Kelantan untuk ‘cepat dewasa’ bagi mengharungi baki saingan Liga Super, musim ini.

Vera, 51 berkata, kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC malam tadi belum boleh diraikan memandangkan Kelantan masih di tangga terbawah dalam baki lagi lima perlawanan.

Kebimbangan pengendali kelahiran Argentina itu wajar memandangkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan dua kedudukan tercorot Liga Super boleh tersingkir ke Liga M3.

Mengulas kejayaan anak buahnya malam tadi, Vera menyifatkan pemainnya mula percaya diri terutamanya ketika The Red Warriors turun dengan barisan ubi muda bawah 23.

“Mereka harus kerja, kita ada di bawah (kedudukan liga),kalau kita bersama seperti tadi, kita boleh menang.”Mereka bukan tidak bagus, tapi harus beri motivasi yang banyak untuk mereka bermain lebih bagus,” katanya ketika sidang media, selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Vera berkata, dia melihat potensi pada pemain muda The Red Warriors (TRW) seperti Rakesh Munusamy, Allee Putra Azril dan pemain muda lain.

“Perlahan-lahan mereka jadi profesional,banyak pemain malam ini bawah 23, bermain untuk Piala Presiden dan masih perlukan beberapa pertandingan untuk cari pengalaman buat mereka.

sumber:- HM

“Namun, mereka harus cepat dewasa kerana kita sudah tidak ada waktu (tamat saingan liga),” katanya.