sukan

Pan Gon tak gentar

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pangon mengharapkan pasukannya mampu mencipta kejutan mampu beraksi di final seterusnya menjulang trofi Pestabola Merdeka 2023, Oktober depan.

Walaupun menyedari bakal berdepan pasukan yang berada di ranking 100 terbaik dunia, namun Pan-gon mengharapkan aura beraksi di gelanggang keramat Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil mampu memberikan keputusan positif untuk skuad kebangsaan.

Beliau berkata, berdasarkan kepada undian, skuad kebangsaan bakal menentang India, sekali gus memberikan harapan tinggi untuk menempah slot final walaupun pasukan itu berada di kedudukan ke-99 dunia.

“Kami akan melakukan apa saja untuk memberikan saingan terbaik kepada mereka, walaupun India berada di kedudukan lebih baik ketika ini.

“Saya menghormati India dan menyedari mereka berada di ranking ke-99 dunia selain turut melakukan persiapan rapi sejak tahun lalu.

“Kami boleh lihat pasukan mereka semakin meningkat, ” katanya ketika ditemui pada majlis undian Pestabola Merdeka 2023 di Wisma FAM, sebentar tadi.

Undian itu menyaksikan pertembungan membabitkan pasukan di ranking ke-96 dan ke-100 dunia iaitu Palestin serta Lubnan akan membuka tirai Pestabola Merdeka itu.

Skuad Harimau Malaya pula diundi bertemu India dengan pemenang kedua-dua perlawanan akan berentap di final manakala yang tewas akan bertemu untuk merebut tempat ketiga.

sumber:- HM

Selain itu, perlawanan itu menyaksikan kejohanan pertama yang akan merasmikan padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil.