sukan

Sah umum empat lagi import baharu

Kelantan FC bakal tampil dengan lebih mantap apabila empat pemain import baharu akan tiba hari ini dan esok.Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mengesahkan empat import berkenaan adalah Aliakhbar Ahmadi dari Iran, Dennis Buschening (Thailand), Ahmed Magdy (Mesir) dan Alie Sesay (Sierra Leone).

Katanya, The Red Warriors (TRW) mahu memperbaiki bahagian pertahanan dan posisi penjaga gol yang dianggap lemah.

“Kita sudah bayar gaji semua pemain, tiada tunggakan termasuk untuk bulan Julai, dah selesai, saya juga gembira dengan satu gol, walaupun kalah tapi malam ini saya gembira, kita berjaya membolosi gawang JDT (Johor Darul Ta’zim),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas TRW tewas 1-5 kepada JDT pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Berhubung tindakan saman, bekas penjaga gol Kelantan, Rozaimi Rahamat, Norizam atau Zamsaham berkata, perkara itu akan diserahkan kepada pihak peguamnya.

Sementara itu, jurulatih Kelantan FC, Alfredo Vera menyifatkan anak buahnya sudah mula memahami tugas ketika berdepan JDT.

“Mereka sudah tahu bagaimana cara (nak bermain), minit perlawanan juga semakin banyak memberi pengalaman untuk mereka mengekang JDT.

sumber:- BH

“Pemain sudah faham, berani buat percubaan, buat apa yang kita berlatih, tapi kita masih banyak kerja untuk dilakukan,” katanya.