sukan

Komen pengendali JDT selepas berjaya muncul Juara

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengakui skuad kendaliannya berhak memenangi Piala FA 2023 berdasarkan persembahan anak buahnya di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Jelasnya, anak buahnya memperagakan aksi yang kemas walaupun berdepan tentangan sengit daripada KL City FC sebelum berjaya meledak dua gol pada babak kedua untuk meraih kemenangan 2-0.

“Final adalah aksi yang sukar dan saingan sengit ditunjukkan oleh pasukan lawan. Tetapi saya fikir kita berjaya mengendalikan perlawanan dan mencipta banyak peluang.

“Kita berjaya mendapat dua gol dan mengawal perlawanan. Saya rasa JDT adalah pemenang yang tepat dan saya gembira dengan kejayaan ini,” katanya.

Pada aksi final di Stadium Sultan Ibrahim itu, JDT mempertahankan Piala FA yang dimenangi mereka pada tahun lalu sekali gus menghimpun kejuaraan ketiga.

sumber:- BH

Dua jaringan pada babak kedua masing-masing menerusi Shio Hong Wan dan Leandro Velazquez membolehkan JDT merakam kemenangan 2-0 ke atas lawan yang menewaskan mereka dengan keputusan sama pada final Piala Malaysia 2021.