Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tersingkir di pusingan pertama Terbuka Korea, sebentar tadi.
Zii Jia terpaksa akur tewas di tangan pemain Hong Kong, Ng Ka Long 15-21, 21-18, 17-21 pada aksi yang berlangsung di Stadium Jinnam, Yeosu.
Ka Long adalah bekas anak didik jurulatih baharu Zii Jia, Wong Tat Meng yang memulakan tugasanya, awal bulan ini.
Selepas Tat Meng meninggalkan Hong Kong, Ka Long mendapat bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, Wong Choong Hann.
sumber:- BH
Terbuka Korea adalah kejohanan pertama Zii Jia sejak dia mengumumkan mahu berehat sementara daripada badminton selepas tewas di pusingan pertama Terbuka Indonesia, bulan lalu.