sukan

Sri Pahang FC pelu bangkit daripada kekalahan memalukan

Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mahu Sri Pahang FC bangkit daripada kekalahan besar 0-4 dalam saingan Liga Super kepada Sabah FC, Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kekalahan itu sememangnya tidak dijangka terutama tewas dengan jaringan besar di tempat lawan.

“Kekalahan itu diharap tidak melunturkan semangat pemain untuk kembali bangkit mencatat kemenangan.

“Daripada segi pengurusan kelab, pemain perlu lebih kental dan memperbaiki segala kelemahan, sekali gus kembali memperkasakan pasukan.

“Kekalahan kepada Sabah adalah yang ketiga dalam saingan Liga Super musim ini dan diharap Sri Pahang dapat mempamerkan prestasi lebih baik,” katanya.

Berikutan kekalahan itu, skuad kendalian Fandi Ahmad berada di kedudukan keempat liga dengan 34 mata selepas 17 perlawanan.

Bagi memastikan Sri Pahang kembali menemui rentak dan lebih padu, Mohammed Suffian berkata, tempoh kira-kira dua minggu tanpa perlawanan diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya.

sumber:- HM

Katanya, ia sebagai persediaan untuk merangkul tiga mata apabila melayan Perak FC di Stadium Darul Makmur, 30 Julai ini.