ERFAN Gym & Fitness sedia menyertai konsortium yang bakal dibentuk bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasniza atau Vida bagi mengambil alih The Red Warriors (TRW) jika bersifat menang-menang.
Pemiliknya, Erfan Akif berkata, bagaimanapun beliau akan melihat daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan berkait perkara tersebut.
“Saya sudah bertemu dengan Datuk Seri Vida semasa perlawanan Kelantan FC bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat lalu.
“Beliau (Datuk Seri Vida) ada bercakap dengan saya berhubung pembentukan konsortium,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Menurut beliau, hasrat untuk menjadi pemilik penuh Kelantan FC masih menjadi keutamaan buat dirinya.Ujarnya, semua itu bergantung sepenuhnya kepada rundingan yang masih berjalan ketika ini.
Mengulas mengenai permintaan Norizam Tukiman atau Zamsaham supaya menunjukkan ‘bukti dana’, Erfan Akif memberitahu belum tiba masanya untuk berbuat demikian.
sumber:- SH
Katanya, dia mahu melihat beberapa perkara termasuk soal kewangan pasukan sebelum boleh memutuskan tindakan selanjutnya.