sukan

Roy King juara berganda

Yap Roy King menerima hadiah wang tunai tertinggi di Kejohanan Badminton Kebangsaan selepas meraih dua gelaran menerusi acara beregu lelaki dan beregu campuran.

Roy King meraih gelaran pertamanya menerusi beregu campuran bersama pasangannya, Valeree Siow apabila mereka menewaskan Choong Hon Jian-Go Pei Kee 21-19, 21-18 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara, hari ini.

Dia yang kemudiannya berpasangan dengan Wan Arif Wan Junaidi mengungguli saingan beregu lelaki selepas mengatasi Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 21-17, 21-12 pada aksi final.

Dua gelaran itu menyaksikan Roy King membawa pulang hadiah tunai keseluruhan sebanyak RM12,500 selepas memenangi RM10,000 dalam beregu campuran dan RM15,000 bagi saingan beregu lelaki.

Secara keseluruhan, Roy King dijangka menerima RM12,500 selepas memenangi RM10,000 bersama Valeree dalam beregu campuran selain meraih RM15,000 bersama Wan Arif selaku juara beregu lelaki.

sumber:- BH

“Terima kasih kepada pasangan saya kerana membantu saya dalam gelanggang, lebih-lebih lagi bermain dalam dua acara. Saya dapat kelebihan dari segi keyakinan dan pengalaman jika bermain dalam dua acara.