sukan

Feros akui bahawa dia sebenar agak risau

Selepas pulih daripada kecederaan yang dialami ketika bersama skuad kebangsaan tempoh hari, pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin bagaikan mendapat keyakinan diri apabila menjaringkan gol bagi membantu pasukan itu menang 2-0 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super.

Jaringan di depan lebih 13,000 penyokong JDT adalah gol kedua peribadi dalam saingan liga dan ia terhasil pada minit ke-20 manakala Leandro Velazquez mencipta gol pada minit ke-43 menerusi sepakan percuma.

Beraksi di posisi pertahanan tengah Feroz gembira apabila berjaya menjaringkan gol buat kelab sekali gus meningkatkan semula keyakinan dirinya selepas pulih dari kecederaan yang dialami.

Pertama sekali saya bersyukur dapat jaringkan gol kedua peribadi dalam saingan liga. Ini adalah peluang untuk saya lakukan yang terbaik dan ini adalah kemenangan untuk kelab JDT.

“Gol yang dapat dijaringkan ini sangat membantu saya tingkatkan prestasi dan saya juga gembira kerana gol yang saya jaringkan adalah penting untuk kelab meraih kemenangan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Ditanya sama ada dia mengalami kesukaran untuk kembali beraksi konsisten selepas mengalami kecederaan, Feroz menjelaskan bahawa dia sebenar agak risau dengan prestasinya selepas pulih tetapi gol itu akan membantu dirinya dapatkan semula keyakinan diri.

sumber:- HM

“Pada awalnya agak bergelut selepas pulih dari kecederaan. Saya agak risau dengan prestasi saya selepas kembali bermain dan lega jaringan ini dapat berikan keyakinan untuk saya bersedia bagi menghadapi perlawanan akan datang,” jelasnya.