Pemain Selangor FC tidak boleh tercicir mata dalam misi mengekalkan kedudukan di tangga kedua Liga Super apabila bertandang ke Kuantan menentang Sri Pahang, Ahad ini.
Lawan yang diberikan jolokan skuad Tok Gajah itu berada di tangga ketiga liga dan hanya dibezakan tiga mata daripada Selangor yang mengisi kedudukan di posisi kedua, di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Jelas pengendali Red Giants, Tan Cheng Hoe, anak buahnya tidak boleh keciciran mata dan aksi berdepan Sri Pahang di Stadium Darul Makmur bukanlah tugas mudah.
“Memang kita tak boleh cicir mata kerana kita tahu kita berada pada tahap terbaik, di mana setiap perlawanan cukup penting.
“Kita kena kena berusaha keras dan lebih, dan tidak mengharapkan kepada mana-mana pasukan,” kata bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan sudah bertemu sebanyak 123 kali dalam pelbagai saingan peringkat domestik sejak pertandingan tempatan diperkenalkan pada 1921.
Dalam sejarah yang panjang itu, Selangor nyata berada pada kelas tersendiri apabila memenangi 66 kali, dengan 30 kali pula memihak Sri Pahang dan 27 kali berakhir seri.
sumber:- HM
Aksi liga terakhir berkesudahan seri 1-1 pada 5 Mac lalu, manakala pertemuan kompetitif terakhir adalah dalam saingan 16 terbaik Piala FA pada 15 April, yang menyaksikan Selangor menang 4-0 ke atas Sri Pahang.