sukan

Serius ambil alih kelantan dan kembalikan zaman kegemilangan

Erfan Gym & Fitness serius untuk mengambil alih Kelantan FC daripada pemilik pasukan itu, Norizam Tukiman. Pemilik Erfan Gym & Fitness, yang enggan dikenali, berkata keputusan itu dibuat untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan yang pernah dikecapi oleh Kelantan FC pada 2012 dan 2013.

“Sejujurnya, saya bersama dengan bola sepak Kelantan sudah lama.”Saya bermula sebagai salah seorang penaja oada zaman Datuk Seri Vida lagi,” katanya.

Menurutnya, sebelum mengambil alih The Red Warriors (TRW), satu pertemuan dengan pemilik Kelantan FC akan dilakukan bagi membincangkan perkara berkenaan.

Katanya, nilai pasaran TRW ketika ini melebihi RM5 juta.Erfan Gym & Fitness berkata jika gagal memiliki pasukan itu, mereka bercadang untuk menjadi penaja utama kepada TRW pada masa akan datang.

Anak kelahiran Wakaf Che Yeh yang berusia 30-an itu berkata, dia turut menjalankan perniagaan lain dalam bidang perlombongan emas dan mengimport air.

Sebelum ini Norizam atau Zamburger mengesahkan pihaknya ada menerima dua tawaran untuk mengambil alih Kelantan FC, iaitu Datuk Seri Vida dan Erfan Gym & Fitness.

Bagaimanapun, ia hanya perjumpaan awal untuk tunjuk minat sebelum langkah seterusnya.Media sebelum ini melaporkan, Zamburger menegaskan individu yang berhajat membeli saham TRW sepenuhnya perlu menyediakan dana melebihi RM5 juta.

sumber:- SA

Jelasnya, berpandangan bahawa harga Kelantan FC lebih tinggi daripada nilai terbabit berdasarkan kepada situasi kelab yang bebas hutang dan tanpa sebarang bebanan kewangan lain.