Tonggak Pahang Mungkin Boleh Main

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Pahang, Faisal Abdul Halim amat berharap akan pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi untuk kembali beraksi selepas dih!mpit kec3deraan.

Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey berdepan kec3deraan buku lali ketika aksi terakhir CIMB Liga Super berdepan Terengganu FC (TFC) minggu lalu yang menyaksikan Pahang tewas 1-2.

Bagaimanapun pemain muda berusia 22 tahun itu melihat kec3deraan yang dialami tidak begitu serius sehingga memakan masa lama untuk pvlih sebaliknya percaya mampu kembali bagi menghadapi TM Piala Malaysia bulan depan.

Jelasnya, dia enggan terlepas untuk beraksi dalam saingan berprestij itu yang bakal bermula pada 6, 7 dan 8 November depan memandangkan format perlawanan adalah kalah m@ti dan mahu membantu pasukan sebaiknya untuk mara ke final, musim ini.

Sekarang kec3deraan saya sudah 80 peratus pulih dan saya percaya dalam seminggu lagi dah boleh main atas padang semula, jadi memang kena betul-betul fokus untuk c3rgas sepenuhnya.

Cuma memang saya harap bukan sahaja saya, tetapi pemain-pemain lain juga akan turut sama pulih sebelum TM Piala Malaysia bermula dan ada yang dah mula masuk padang, cuma saya masih risau dengan kaki, jadi saya mula dengan berlari terlebih dahulu.

Sekarang memang kena fokus latihan sebaiknya sebab kita tahu w@bak COV!D-19 semakin membimbangkan dan sebab itulah, perlawanan pun terpaksa ditunda.

Saya sebenarnya banyak belajar apa yang dah berlaku pada tahun ini, sebab biasanya pertengahan November, tiada perlawanan dah, jadi tahun ni memang berbeza dan sebagai pemain, kita kena hadap juga, katanya.

Selain Faisal, Adam Reed dan Zuhair Aizat Nazri turut sama berdepan kec3deraan ketika men3ntang TFC minggu lalu sekaligus menambah lagi senarai pemain yang cedera termasuklah tonggak utama Dickson Nwakaeme, Herold Goulon dan R. Dinesh.

Ia pasti menambah kegusaran pengendali Tok G@jah, Dollah Salleh, namun tempoh yang ada sebelumPiala Malaysia bermula beri bayangan pemain-pemain yang cedera mampu untuk kembali memperkuatkan pasukan sebelum sepak mula.

Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketujuh dengan 14 mata, yang mana ia pencapaian kurang memuaskan berbanding musim lalu yang menyaksikan mereka bergelar naib juara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *