Tidak Sah

Kuala Lumpur: Pasukan Rakyat United tidak sah dan segala perkara yang berlaku ketika proses penubuhan entiti terbabit adalah diluar bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara terbabit dijelaskan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam apabila memaklumkan Rakyat United yang kini giat mer3krut pemain baharu adalah tidak sah pada ketika ini kerana tiada sebarang maklumat diterima oleh badan induk bola sepak negara itu.

Malah, beliau berkata, desas-desus yang mengatakan Rakyat United mempunyai kaitan dengan Felda United juga terlalu awal kerana pasukan Liga Super itu masih lagi belum menyelesaikan dokumentasi penswastaan untuk membolehkan mereka beraksi pada musim depan. Stuart berkata, kemunculan Rakyat United hanya diketahui menerusi laporan media malah sehingga kini tidak mengetahui individu menerajui pengurusan tertinggi pasukan itu memandang tiada individu pernah merujuk kepada FAM terlebih dahulu.

‘Sehingga kini, saya boleh katakan Rakyat United adalah tidak sah kerana penubuhannya tidak pernah merujuk terlebih dahulu kepada FAM malah tiada perbincangan lanjut berkaitan perkara terbabit.

Jika diikutkan Felda United baharu saja menghantar dokumentasi yang diperlukan kepada FAM hari ini dan kelulusan belum lagi diberikan kepada pasukan itu.

FAM juga tiada maklumat terperinci berkaitan Rakyat United dan jika benar ia daripada Felda United, sepatutnya menunggu proses penswastaan selesai sepenuhnya, katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, khabar angin mengenai kemunculan sebuah pasukan baharu, Rakyat United yang tular di laman media sosial kerana sedang giat mencari pemain untuk beraksi bersama pasukan utama, Piala Belia dan Piala Presiden.

Malah, mereka mer3krut pemain menerusi iklan di Facebook apabila menawarkan gaji bermula RM3,000 hingga RM5,000 untuk pasukan utama dengan mereka mencari pemain dalam lingkungan usia 14 hingga 60 tahun.

Selain itu, mereka juga menawarkan gaji untuk pemain Piala Presiden berusia bawah 21 tahun antara RM2,000 ke RM3,000 manakala Piala Belia berusia bawah 19 tahun pula bergaji RM1,000 hingga RM2,000. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya juga tidak mengetahui berkaitan pasukan terbabit malah tiada individu berkaitan memaklumkan perkara itu.

Apa yang boleh dipastikan, setiap pasukan baharu perlu melalui proses daripada bawah dengan beraksi dalam Liga M3 atau M4 sebelum dinaikkan pangkat ke Liga Premier dan Super’ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *