Tepat pada masanya

Skuad Malaysia dilihat mengambil v@ksin C0VID-19 tepat pada masanya sekalipun ‘pasport vaksin’ tidak diperlukan untuk memasuki Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengharungi baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.

Situasi itu diakui pengurus skuad kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi selepas mengambil kira beberapa faktor termasuklah mengharungi perjalanan yang jauh dan ‘persinggahan’ buat seketika di Bahrain untuk menjalani persiapan.

Walaupun tidak ada kewajipan mengenai pengambilan vaks!n untuk ke UAE tetapi kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu selepas melihat apa yang kita perlu lalui sebelum ke sana.

“Kami merasakan suntikan vaksin ini tepat pada masanya dan kita juga akan selesai melengkapkan dos kedua kira kira seminggu sebelum kita bertolak ke Bahrain pada 19 Mei nanti,” katanya.

Dalam masa sama, Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan suntikan vaksin yang ‘dianugerahkan’ kepada skuad kebangsaan sememangnya melegakan semua pihak yang terbabit.

Sudah tentu kami lega kerana permintaan kami diluluskan oleh kerajaan. Saya rasa pemain pun akan lebih bersemangat dan boleh memberi fokus yang sepenuhnya untuk tiga perlawanan yang amat penting itu.

“Ini juga membuktikan betapa kerajaan turut menyokong perjuangan skuad kebangsaan yang membawa misi besar negara ke UAE,” katanya.

Terdahulu, skuad kebangsaan mendapat ‘perlindvngan’ yang dinanti-nantikan selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan mereka akan menerima svntikan vaks!n C0VID-19.

Reezal berkata seramai 78 individu merangkumi pegawai, pemain dan barisan kejurulatihan akan diberikan svntikan vaks!n bermula 19 April ini.