Tempoh saya makin tamat

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi menegaskan beliau sudah tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan sekaligus menjalani latihan bersama Newcastle Jets.

Liridon ketika ini sedang menjalani kuarantin seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan bagi melawan C0VID-19 setelah tiba di Australia minggu lalu.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Newcastle di laman media sosial rasmi pasukan, Liridon menunjukkan rutin beliau semasa kuarant!n dan sudah tidak sabar untuk berjumpa rakan sepasukan.

“Saya tidak sabar untuk berjumpa anda semua dan mula menyertai sesi latihan pasukan. Saya harap anda semua menjaga diri dan tempoh kuarant!n saya semakin tamat,” kata Liridon.

Liridon dan seorang lagi pemain, Syahrian Abimanyu dipinjamkan ke Newcastle Jets bagi menghadapi baki saingan musim 2020/2021.

Newcastle kini menduduki tangga ke-7 setelah lapan perlawanan dan kehadiran Liridon serta Syahrian diharap dapat memperbaiki kedudukan kelab di carta liga.