Syifa Melvin menangis kerana Safawi

SEPANG: Penghijrahan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ke Portugal turut ditangisi pelakon dan ahli pernigaan, Syifa Melvin.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu berlepas ke Portugal malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyertai kelab Portimonense SC.

Menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Story pelakon, Lia Natalia, Syifa berkata, dia sudah lepaskan kes3dihan di rumah.

“Okay, sudah nangis tadi. Dah lepas di rumah,” katanya yang turut memuat naik semula video di Instagram Story miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *