Syafiq Ahmad Kembali

Striker skuad kebangsaan, Syafiq Ahmad dilihat menjalani latihan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak terlibat dengan k3malangan pada Disember tahun lalu.

Beberapa pasukan telah mendapat kelulusan untuk berlatih dan mula menjalani latihan pada semalam setelah berjaya melengkapkan proses yang diperlukan oleh Malaysian Football League (MFL).


JDT turut tidak ketinggalan dimana mereka mengumpulkan para pemain sekaligus menjalani latihan sebagai persiapan menjelang sepak mula Liga Malaysia yang dijadualkan pada 5 Mac ini.

Selain kelibat Syafiq Ahmad, turut terlihat dua pemain baharu pasukan iaitu Safiq Rahim dan Mohamadou Sumareh dalam sesi latihan semalam.