Surat Sumareh Untuk Pahang

Kuala Lumpur: Tonggak naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh dipercayai sudah menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menerusi peguamnya yang berpangkalan di Switzerland untuk menuntut beberapa perkara, baru-baru ini.

Antara tuntutannya adalah PBNP dikehendaki membayar lebih RM1 juta berikutan kegag@lan membayar tunggakan gaji selain tidak mematuhi syarat kontrak yang sudah dipersetujui kedua-dua pihak.

Namun, bagi pihak PBNP pula, surat berkenaan tidak menggent@rkan mereka apabila mahu perkara terbabit diadili sebaik mungkin dengan melantik peguam bagi mengambil tindakan und@ng-und@ng kepada Sumareh.

Keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat pengurusan tertinggi PBNP dua hari lalu, dan ketika ini PBNP giat mengumpul bukti termasuk merujuk kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi tindakan susulan.

Menurut sumber PBNP, pelbagai tohm@han dilempar kepada Pahang termasuk berkaitan tunggakan gaji pemain sehingga mendorong Sumareh mengambil keputusan meningg@lkan pasukan.

Pada masa sama, ada antara pihak tertentu yang mend@kwa Pahang sudah menerima wang bayaran tebus kontrak Sumareh untuk musim 2021-2022 bernilai jutaan ringgit.

Jika skuad Tok G@jah menghadapi masalah pembayaran gaji sudah tentu bukan saja Sumareh yang akan bising, mungkin ada pemain lain yang turut mengambil tindakan sama menyuarakan rasa tidak puas hati.

“Kita boleh lihat situasi yang berlaku di Kedah dan Kelantan, pemain mereka langsung tidak menerima gaji lebih tiga bulan namun tidak pula menghilangkan diri dan bersifat terbuka berbincang bersama pengurusan,” katanya.

“Sekarang ini, kita akan ambil tindakan kerana bukannya PBNP tidak membayar gaji cuma membayarnya separuh daripada gaji berikutan kekangan akibat C0v!d-19,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *