Sumareh Akhirnya Akui

Pemain sayap kontr0versi, Mohamadou Sumareh terb@ng ke Bangkok hari ini untuk menyertai kelab Toyota Thai League P0lice Tero FC.

Dia mengakui teruja dan gembira kerana buat pertama kalinya dapat keluar dari Liga Malaysia dan bermain dengan pasukan di liga luar negara.

Saya diberi peluang oleh P0lice Tero FC, yang bertindak pantas, dan membuktikan mereka benar-benar mahukan saya dengan berusaha sedaya upaya untuk membawa saya ke sana. Ia tempat yang baik untuk pemain Malaysia cuba dan dapatkan pengalaman.

Saya akan beraksi dalam satu liga yang berbeza, mungkin saya akan berada selama enam bulan di sana untuk bermain separuh musim.

Tetapi kita tidak tahu, tiada siapa yang tahu. Jika segala-galanya berjalan baik, mungkin saya akan kekal di sana.

Buat masa ini, saya hanya menandatangani k0ntrak untuk jangka pendek selama enam bulan, saya tidak boleh meramal masa depan.

Jika segala-galanya baik, saya mungkin akan berada di sana hingga penghujung musim.

Saya tidak boleh duduk sahaja dan menantikan sehingga musim depan, kemudian bermula sebagai seorang pemain yang ketingg@lan.

“Jadi, dengan perpindahan ke Liga Thailand sedang terbuka ketika ini, saya mahu mengambil peluang itu untuk ke sana dan kekal cergas supaya apabila saya kembali ke Malaysia, saya hanya perlu meneruskannya dengan pasukan yang saya sendiri belum tahu,” ujar pemain itu dalam Nadi Arena.

Ditanya lebih lanjut sama ada kenyataannya itu gambaran jelas Bangkok hanyalah persinggahan, Sumareh memilih untuk tidak menjawabnya.

Buat masa ini, saya tidak mahu memberikan sebarang k0men mengenai perkara ini. Fokus saya ketika ini adalah sedang teruja untuk ke Liga Thailand.

“Saya mahu memulakan perjalanan baru, jadi tidak ada apa untuk saya katakan ketika ini,” tambahnya.

Sumareh juga mendedahkan adanya seorang lagi pemain dari Malaysia, Dominic di dalam P0lice Tero FC memudahkannya untuk membuat keputusan pergi ke kelab itu.

“Dengan adanya pemain pasukan kebangsaan Malaysia dalam pasukan yang sama akan menjadi lebih mudah, jadi saya mempunyai seseorang yang saya kenal dan lebih senang untuk saya menyesuaikan diri,” kata Sumareh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *