Akhirnya Sah Bersama JDT

Pemain tengah kacukan negara, Natxo Insa menandatangani kontrak lanjutan bersama juara Liga Super musim 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana JDT memberikan kontrak lanjutan kepada Natxo untuk dua tahun lagi.

Pemain berusia 34 tahun ini mula beraksi bersama skuad JDT pada musim 2017 dan sejak itu beliau membantu JDT memenangi beberapa kejuaraan domstik seperti Liga Super dan juga Piala Malaysia.

Abang kepada seorang lagi pemain JDT iaitu Kiko Insa ini juga pernah membuat penampilan bersama skuad JDT. Namun, peminat hanya dapat menyaksikan aksi Natxo bersama pasukan negara dalam satu perlawanan sahaja iaitu pada aksi persahabatan men3ntang Mongolia pada 2018 lalu.

Meskipun jarang beraksi dalam kesebelasan utama kerana persaingan yang ketat di bahagian tengah, namun JDT masih percaya dengan kemampuan yang dimiliki oleh graduan Valencia ini untuk membantu pasukan.

Bagi saingan musim 2021, JDT masih kekal dibimbing oleh Benjamin Mora dan setakat ini mereka telah menandatangani beberapa pemain baharu seperti Daniel Amier Norhisham dan Issac Angking.