Semua persetujuan telah dicapai — Junior Eldstal

Bekas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Junior Eldstal, mengambil keputusan untuk berkelana ke Thailand untuk menyertai Chonburi FC.

Keputusan Junior Eldstal beraksi di Thailand bukan satu yang sukar apatah lagi selepas dikecewakan sebuah pasukan Liga Super susulan ura-ura bekas bintang JDT itu dikaitkan dengan Kuala Lumpur United FC.

Pemain kacvkan Malaysia-Sweden berusia 29 tahun itu kembali selepas dua tahun meninggalkan JDT pada hujung musim 2018.

Junior bakal mengikut jejak langkah pemain Malaysia terbaru yang beraksi di Thailand selepas Kiko Insa, Curran Ferns, Shahrel Fikri, Dominic Tan, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohamadou Sumareh.

Dan Junior mengibaratkan pengembaraan bersama Chonburi sebagai kelahiran semula menyarung jersi Malaysia.

“Semua persetujuan telah dicapai, Chonburi telah menawarkan kontrak dan bakal beraksi di Thailand selepas ini,” katanya.

Saya bukan hanya kembali untuk bermain bola sepak tetapi untuk mendapatkan semula tempat ke dalam skuad Malaysia selepas ini. Saya yakin dengan kemampuan saya untuk mendapatkan tempat.