Kenyataan TMJ Jelas Di Luar Jangkaan

Kenyataan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak menyenaraikan Selangor sebagai penc@bar utama mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan nyata di luar jangkaan peminat bola sepak tempatan.

Berbanding pasukan lain, Selangor dilihat pasukan paling ‘aktif’ mempersiapkan pasukan musim depan dengan mengikat jurulatih dari Jerman dan membawa masuk beberapa pemain baharu untuk memberi persaingan lebih s3ngit.

Bercakap ketika sesi temu bual bersama sebuah stesen televisyen swasta, semalam, Tunku Ismail memilih Kedah, Terengganu FC (TFC) dan Pahang sebagai penc@bar skuad JDT.

Pertama sekali saya rasa Kedah. Kedah pasukan yang sukar untuk lawan. Mereka bermain bola sepak yang sangat baik dan konsist3n. Walau apa pun masalah yang berlaku di Kedah tapi pasukan sentiasa mantap.

Kedua Terengganu, kalau kita tengok masa kita pergi Terengganu, kita nyaris kalah. Mereka bermain bola sepak yang baik, ada fasiliti bagus, pemain berdisiplin, jurulatih pun saya suka, jurulatih Terengganu sangat bagus.

Ketiga saya rasa Pahang sebab JDT tiada rekod bagus dengan Pahang, macam 50-50, ada masa Pahang menang dan ada masa JDT menang.

Pahang sentiasa menjadi lawan yang sukar untuk JDT, setiap tahun…tak pernah senang lawan Pahang, katanya.

Ketika ditanya sebab tidak menyenaraikan Selangor, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata tahap Selangor lebih tinggi daripada JDT.

Beliau turut menjelaskan, dirinya tiada masalah dengan Selangor namun mengakui mempunyai masalah dengan beberapa individu dalam pengurusan kelab Red G!ants.

Dia (Selangor) punya tahap lebih tinggi daripada saya, jadi saya ambil tahap yang seakan macam saya juga. Saya tak boleh lawan dengan orang lama dalam industri bola sepak, saya kena tahu saya ini pendatang baharu.

Saya tiada masalah dengan Selangor, saya tiada masalah dengan Raja Muda Selangor (Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah), dia pun tahu, dia pun berhubung dengan saya, kami rapat, tiada masalah antara satu sama lain.

Tapi mungkin dengan dua, tiga individu yang ada dalam pengurusan. Cara mereka urus mungkin pada pandangan saya ada salah sedikit, itu saja tapi itu peribadi antara saya dengan dia, bukan antara saya dengan Selangor dan penyokong Selangor, katanya.

Dalam perkembangan sama, JDT akan berbincang terlebih dulu dengan Persatuan Bola Sepak Pahang(PBNP) sebelum mendapatkan khidmat Mohamadou Sumareh.

Jika Sumareh nak balik saya kena berbual dengan Pahang dulu, ujarnya.