Saya Sokong Tindakan Ini

KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sekali lagi mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan atas tindakannya menggantvng Mohamadou Sumareh.

Kelmarin, badan bola sepak itu kelmarin menggantvng pemain tersebut dua tahun atas setiap empat kesalahan selepas dituduh mel@nggar terma kontrak dengan PBNP.

Hukuman itu bagaimanapun dianggap tidak membawa kesan kepada Sumareh kerana dia masih boleh beraksi bersama kelab Thailand, Police Tero atau mana-mana pasukan Liga Malaysia jika memilih untuk kembali ke negara ini.

Abdul Jalil Sidek, 50, dari Kuantan hairan dengan tindakan PBNP kerana Sumareh masih boleh beraksi dengan pasukan lain.

Apa yang saya difahamkan tindakan PBNP hanya berkuatkuasa di Pahang, jadi rasa tidak memadai hukuman itu, katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Mohd. Haris Yaakob, 54, dari Kuala Lipis turut mempersoalkan hukuman itu.

Kita sudah boleh agak memang Sumareh tidak berminat mewakili Pahang lagi, jadi apa kesan hukuman ini kepadanya?, soalnya.

Dalam media sosial, rata-rata penyokong mempersoalkan logik di sebalik tindakan Pahang.

Kalau PBNP gantvng 15 tahun pun tiada kesan, bukannya FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang gantvng, dia bukannya nak main dengan Pahang lagi, tulis seorang peminat yang menggunakan akaun Facebook, Lucky Strike.

Bagi peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid hanya FAM atau FIFA boleh menggantvng pemain di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Kalau tengok kod tatatertib FAM, persatuan boleh beri hukuman tapi hanya peringkat domestik di Pahang.

Maknanya dia boleh guna (hukvman penggantvngan) untuk pemain yang bermain di liga itu sebab dia penganjur, kata Zhafri kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, FAM mengesahkan me­nerima surat PBNP yang memaklumkan mengenai hukvman terhadap Sumareh.

Untuk tidak mengeruhkan keadaan, FAM tidak akan ulas perkara ini sehingga FIFA membuat keputusan di peringkat Majlis Penyele­saian Pertikaian (DRC), kata FAM dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, ada juga peminat menyokong tindakan PBNP.

Saya sokong tindakan ini agar menjadi pengajaran kepada pemain lain di masa hadapan, kata Rasedi Abdul Wahab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *