Saya Dah Hubungi Beliau – ZamSaham

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan dia sudah menghubungi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam susulan kenyataan pem0tongan mata yang bakal dikenakan ke atas pasukan itu.

Bagaimanapun, panggilannya yang dibuat pada jam 3.22 petang tidak berjawab sebelum Stuart menghubunginya semula pada jam 4.47 petang dan memintanya supaya mem@damkan hantaran yang dibuat susulan ketidakpuasan hatinya ke atas isu terbabit.

Selaku Setiausaha Agung FAM, seharusnya beliau menyiasat, menyemak wartawan yang memutarbelit tajuk dan kenyataan yang beliau sendiri buat. Jika itu benar, itu yang sepatutnya lebih awal.

Masyarakat terutama penyokong Kelantan FC menganggap berita yang keluar adalah sesuatu yang rasmi.

Sebaiknya, sebelum nak buat statement (kenyataan) beliau sewajarnya memaklumkan atau consult (meminta pendapat) terlebih dahulu pada pihak pengurusan TRW FC.

Hari ini, FAM dalam satu kenyataan meminta Norizam supaya tidak terbvru-burv dan ‘meny3rang’ badan induk itu tanpa memeriksa kesahihan fakta terlebih dahulu.

Ini selepas Norizam meluahkan ketidakpuasan hatinya susulan laporan media yang menyatakan badan induk itu akan mengenakan pemotongan tiga mata kepada pasukan itu jika KAFA gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemainnya.

Stuart menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media mengenai pemot0ngan mata seperti yang dilaporkan media terbabit.

Eloklah jangan persalahkan dan mencari silap orang lain sahaja tanpa mengkaji prosedur operasi standard (SOP) kenyataan media yang sepatutnya beliau lakukan, katanya dipetik menerusi Facebook Zamsaham.