Sarawak bedal Kelantan FC

Hasrat Kelantan FC mencipta kemenangan di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana di sini, petang tadi, tidak kesampaian apabila tumpas 0-1 kepada Sarawak United FC.

Jaringan kemenangan pasukan pelawat dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV itu diperoleh menerusi Lee Chang Hoon pada minit ke-37.

Pun begitu dalam perlawanan itu, tuan rumah mendapat peluang awal menerusi gerakan pemain import, Jack Hindle, namun gagal disudahkan oleh striker, Nurshamil Abdul Ghani pada minit ke 26.

Selepas itu tuan rumah terus menyerang Sarawak United, sebelum Chang Hoon tampil menewaskan penjaga gol Kelantan FC, Mohamad Faridzuean Kamaruddin menerusi r3mbatan jarak jauh.

Skuad bimbingan Marco Ragini cuba bangkit selepas itu terutama pada babak kedua, namun gawang Sarawak United kekal kebal sehingga wisel penamat dibunyikan.