Salam Takziah kepada Syafiq Ahmad terlibat K3malangan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada pemain kebangsaan, Syafiq Ahmad yang kehilangan anak lelaki dan ibu mentuanya selepas mereka terbabit dalam kem@langan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Sungai Bakap, Pulau Pinang awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Syafiq, 25, dan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Aaira Nur Safiyya mengalami c3dera ringan.

Bagaimanapun isterinya, Nor Amalina Norain, 25, c3dera parah.

Kami mendoakan semoga isterinya diberikan kes3mbuhan, kata FAM dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara, anak lelakinya yang baru lahir pada 14 November 2020, Muhammad Aisy Saqeef; ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an men!nggal dunia di tempat kejadian.

Semoga Allah mengampuni dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh mereka serta meringankan musibah Syafiq seisi keluarga. Al-Fatihah, tulis FAM.