Sah Perjanjian Dengan JDT

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menjalinkan perjanjian dengan sebuah jenama antarabangsa, Spartan untuk membawa acara ‘Spartan Stadion’ ke Stadium Sultan Ibrahim.

Jalinan kerjasama itu diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi JDT, J hari ini.

Perjanjian komersial ini bakal menyaksikan acara ‘Spartan Stadion’ akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim setiap Jun.

Spartan Stadion merupakan sebahagian daripada tambahan senarai usaha sama bertaraf antarabangsa di JDT seperti Sunway, SWAG, Nike dan Hublot.

Perjanjian ini selari dengan strategi antarabangsa JDT untuk membawa ribuan peserta dari luar negara untuk merasai sendiri laman JDT dan hospitaliti JDT setiap tahun.

Ini sekali gus mengembangkan lagi jenama JDT di samping menjana pendapatan komersil untuk kelab. Luaskan Kuasamu Johor, kata kenyataan itu lagi.

Jalinan kerjasama itu secara tidak langsung akan terus mengukuhkan kedudukan JDT sebagai kuasa besar di dalam sukan bola sepak tanah air pada masa akan datang.