Sah Kelantan Di Beli

KUALA LUMPUR: Usahawan dan pakar pelaburan terkenal, Norizam Tukiman akhirnya membuktikan bahawa dia bukan cakap kosong untuk membeli pasukan bola sepak Kelantan.

Ia selepas Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham bakal menandatangani perjanjian penjualan saham dengan Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd pada satu majlis di Kota Bharu, esok.

Difahamkan keputusan positif itu dicapai selepas perbincangan antara Zamsaham dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) di Kota Bharu, hari ini.

Berdasarkan jemputan media daripada pihak sekretariat media KAFA, turut sama berlangsung esok adalah majlis pembayaran gaji dan pegawai pasukan TRW.

Semalam, BH Sukan melaporkan Zamsaham sudah mendapat restu daripada ibunya mengenai hasrat mahu membeli pasukan Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *