Sah Akan Ke Manchester United

London: Manchester United menandatangani striker antarabangsa Uruguay, Edinson Cavani pada hari terakhir jendela perpindahan.

Cavani sebelum ini tidak terikat dengan mana-mana pasukan sejak meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) hujung Jun lalu.

Striker berusia 33 tahun itu adalah pemegang rekod penjaring terbanyak PSG dengan meledak 200 gol sepanjang tujuh musim di Parc des Princes.

Cavani mungkin akan melakukan penampilan pertama men3ntang bekas kelabnya apabila United membuka tirai Liga Juara-Juara berdepan PSG 20 Oktober ini di tempat lawan.

Manchester United adalah satu kelab hebat di dalam dunia, jadi ia satu penghormatan dapat berada di sini. Saya bekerja keras ketika tidak terikat dengan mana-mana pasukan dan berasa tidak sabar untuk bersaing serta mewakili pasukan yang hebat ini, kata Cavani.

United juga berjaya mendapatkan pemain pertahan kiri antarabangsa Brazil, Alex Telles dari Porto dengan nilai £13.5 juta (RM72.82 juta), pemain remaja Uruguay, Facundo Pellistri dan bersetuju dengan Atlanta untuk membawa masuk pemain sayap berusia 18 tahun, Amad Diallo.

G3rgasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mendapat tumpuan selepas tumpas 1-6 kepada Tottenham semalam selepas hanya melakukan satu saja pembelian sebelum ini iaitu mendapatkan pemain tengah antarabangsa Belanda, Donny van de Beek.

Ini peluang buat pemain muda kita belajar daripada salah seorang penjaring terbanyak di Eropah dan ia akan memberikan manfaat buat mereka lebih maju.

Cavani akan memberikan kita lebih sengat, dengan daya kepimpinan dan kekuatan m3ntal buat pasukan, namun paling penting sekali dia menjaringkan gol, kata pengurus pasukan Ole Gunnar Solskjaer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *