Safiq kembali ke JDT?

Adakah benar Safiq Rahim bakal kembali ke Johor Darul Ta’zim (JDT)?

Itu persoalan yang timbul dalam kalangan peminat bola sepak tanah air apabila bekas ketua pasukan JDT dan Malaysia, Safiq Rahim dikaitkan ke pangkuan pasukan lamanya itu.

Ia susulan tersebarnya gambar mengenai permohonan JDT untuk mendapatkan Safiq daripada Melaka United.

Menerusi permohonan MyPas, maklumat berkenaan bocor di laman sosial dengan status permohonan masih di dalam proses.

Untuk rekod, pemain tengah kelahiran Kuala Selangor itu mula menyertai skuad JDT pada 2013 selepas berhijrah dari Selangor.

Sepanjang enam musim bersama JDT hingga 2018, Safiq berjaya meraih pelbagai kejuaraan termasuk memenangi Piala AFC pada 2015.

Selain hebat bersama JDT, dia juga berjaya membantu skuad Malaysia menjulang Piala AFF pada 2010 buat pertama kalinya dalam sejarah kejohanan serantau itu.