Safawi Tersenarai , Portimonense kalah lagi

Laman sosial kelab Portimonense terus menjadi bahan k3caman susulan tindakan pengendalinya Paulo Sergio masih belum memberi peluang buat Safawi Rasid membuat penampilan pertama bersama skuad itu.

Selepas tiga kali memanaskan bangku simpanan sebelum ini, cerita sama dialami Safawi malam tadi apabila dia sekali lagi hanya berada dalam senarai simpanan ketika berdepan Vitoria Guimaraes.

Lebih perit apabila skuad itu tewas 1-0 yang menyaksikan mereka kekal dengan tujuh mata selepas sembilan perlawanan dan berada di kedudukan ke-15 dalam carta Liga Primeira.

Walaupun beberapa pakar bola sepak termasuk bekas pemain dan Safawi sendiri meminta peminat bersabar sebelum ini, ia tetap tidak dapat menghalang segelintir netizen daripada membuat komen negatif di laman sosial kelab berkenaan.

Selain kelab, peminat turut mengecam Sergio dan ada yang meminta pengendali berusia 52 tahun itu dipecat atau meletak jawatan.

Lebih 200 komen ditinggalkan peminat dalam ciapan yang dibuat kelab itu di Facebook rasmi mereka selepas perlawanan dan dapat dilihat majoriti komen itu datang daripada netizen Malaysia.

Pelayar Facebook yang menggunakan nama Azzam Jebat menulis komen: Ni kalau kat Malaysia.. team xde (tiada) peningkatan terus buang Coach (jurulatih) je ganti baru.

Eirr Osman berkata: Kalau macam ni…pengalaman apa je yang Safawi dapat..kelab asyik kalah…pendedahan perlawanan sebenar pun xde. Kalau ada pun..mungkin tak cukup untuk timba pengalaman.