Ronaldo Mungkin Tidak Beraksi

LISBON: Cristiano Ronaldo diragui akan memulakan permainan ketika Portugal akan mula mempertahankan gelaran Liga Negara berdepan Croatia awal pagi Ahad ini di Porto dan bertemu Sweden awal pagi Rabu depan di Solna.

Ronaldo kini bersama skuad Portugal tetapi mengalami jangk!tan pada jari kaki dan tidak berlatih pada Rabu dan Khamis.

Dia sebaliknya berlatih di gimnasium, kata Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF).

Ronaldo meled@k 99 gol dalam 164 perlawnan antarabangsa tetapi FPF, yang menutup kem latihan mereka kepada akhbar kerana protokol kesihatan, tidak memberikan sebarang petanda sama ada pemain itu akan cergas bagi perlawnan berkenaan.

Ronaldo tidak bermain sejak awal Ogos apabila Juventus disingk!rkan daripada Liga Juara-Juara oleh Lyon.

Pada usia 35 tahun pemenang lima kali Ballon dOr itu meled@k 37 gol dalam semua kejohanan musim lalu, satu rekod buat Juve dan menegaskan dia masih bercita-cita besar dengan menunjukkan jaringannya di Instagram minggu lalu.

“Kemenangan. Komitmen. Dedikasi. Profesionalisme. Dengan segala kekuatan saya dan bantuan tidak ternilai daripada rakan sepasukan dan semua staf Juventus, kami akan bekerja sekali lagi untuk menakluk Itali, Eropah dan Dunia!” katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *