Ronaldo Bedal Barcelona Depan Messsi

Bintang utama Juventus, Cristiano Ronaldo telah mengg!la di hadapan Lionel Messi. Kedua dua seteru itu akhirnya bertemu semula di Nou Camp.

Sebelum ini aksi antara Messi dan Ronaldo tidak dapat terlaksana kerana Ronaldo dikuarantin.

Juventus menang 3-0 ke atas Barcelona di Nou Camp. Dua daripada gol Juventus adalah milik Ronaldo.

Juventus berjaya mencapai kemenangan dengan perbezaan tiga gol apabila Ronaldo sekali lagi menjaringkan penalti pada minit ke-52.

Dua gol penalti di Nou Camp menjadikan Ronaldo sebagai pencipta rekod baru. Kapten Portugal itu menjadi pemain lawan pertama yang menjaringkan dua penalti dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara Eropah di Nou Camp.

Secara keseluruhan, Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 13 gol di markas Barcelona. Dan Ronaldo kini menjadi pemain lawan dengan rekod gol terbanyak di Nou Camp ke atas Barcelona.

Selain Ronaldo, Juventus juga melakar sejarah baru. Mereka menjadi pasukan Itali pertama yang menjaringkan tiga gol atau lebih di rumah Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Ronaldo dan Juventus juga telah menghancvrkan tradisi Barcelona – di mana dalam 13 musim berturut-turut mereka sentiasa menjadi juara kumpulan dalam fasa kumpulan Liga Juara-Juara.

Kali terakhir Barcelona menamatkan saingan naib juara dalam kumpulan Liga Juara-Juara adalah pada musim 2006/2007.