Sumbangan Luqman Pada Perlawanan tersebut cukup berharga – Safawi

Pemain sayap negara, Safawi Rasid menyatakan beliau gembira apabila striker muda negara, Luqman Hakim membuat penampilan pertama bersama skuad senior KV Kortrijk dalam saingan Jupiler Pro League bulan lalu.

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Safawi menegaskan dengan umur Luqman yang masih lagi muda, beliau telah mendapat pengalaman berharga dengan beraksi bersama skuad utama.

Saya gembira kerana dengan umur yang masih muda, beliau dapat beraksi bersama pasukan utama. Luqman telah mendapat pengalaman yang berharga kerana beliau turun men3ntang Anderlecht, salah satu pasukan terbaik di Belgium yang dibimbing oleh Vincent Kompany.

Saya menyaksikan perlawanan tersebut sehingga tamat. Satu perkara yang baik apabila beliau menyumbang sepakan penalti bagi pasukan.

Ini merupakan satu benda yang positif untuk Luqman memberikan yang terbaik pasa perlawanan akan datang, kata Safawi Rasid.

Setakat ini, Safawi hanya beraksi bersama skuad B-23 tahun Portimonense dan masih menunggu peluang untuk beraksi bersama pasukan utama.

Jika Safawi menampilkan prestasi cemerlang ketika sesi latihan, tidak mustahil pengendali pasukan, Paulo Sergio akan memberi peluang kepada Safawi bagi disenaraikan dalam skuad untuk berdepan FC Porto pasa Ahad ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *