Ranking Terkini Malaysia

Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) baru sahaja membuat kemaskini kepada FIFA Ranking bagi bulan Oktober 2020 sebentar tadi.

Dari kemaskini itu, terdapat 2 pasukan ASEAN yang masing-masing melonjak 1 kedudukan iaitu Thailand (113) dan Myanmar (134), manakala Vietnam pula kekal sebagai pasukan ASEAN tunggal berada dalam kedudukan Top 100 dunia (94).

Bagi skuad kebangsaan Malaysia pula, kita masih kekal pada kedudukan 154 dunia dengan pungutan 1,040 mata dan berada pada ranking ke-5 ASEAN dibelakang Vietnam (94), Thailand (113), Filipina (124) dan Myanmar (134).

Pasukan Singapura pula turun 1 kedudukan ke tangga 158 dengan 1,020 mata dan pasukan Indonesia pula kekal menghuni tangga ke 173 dunia.

Beberapa perubahan kecil ini dilihat lebih terarah kepada isu-isu teknikal pengiraan mata FIFA Ranking kerana tiada perlawanan berlangsung untuk memberikan apa-apa kesan kepada jumlah pungutan mata serta kedudukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *