Ranking Malaysia sedang meningkat sekarang

Penganalisis sukan tanah air, Dr Pekan Ramli menyangkal dakwaan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman bahawa ranking Malaysia semakin menurun.

Sebaliknya, beliau menjelaskan ranking dunia skuad kebangsaan negara sedang meningkat dan berada pada momentum yang baik.

Jika dilihat sejak 1993 ranking skuad kebangsaan sememangnya menurun tetapi sejak 2018 hingga 2021, ranking Malaysia terus meningkat mendadak iaitu dari 178 kepada 153 dalam tempoh dua ke tiga tahun sahaja.

Jadi untuk mengatakan ranking skuad kebangsaan menurun adalah tidak tepat serta tiada fakta.

Lebih-lebih lagi berdasarkan sistem kiraan mata terbaru FIFA dalam ranking, diakui sukar untuk kita melonjak naik terus ke 100 peningkatan misalnya, itu mustahil, katanya yang juga Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sebelum ini, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menjelaskan terkejut dengan ranking skuad Malaysia di kedudukan ke-153 dunia.

Menerusi luahan di akaun Facebook miliknya, Norizam berkata dengan pembangunan stadium serta pelbagai akademi bola sepak, sepatutnya ranking Malaysia semakin naik dan bukan semakin menurun.

Namun, Pekan menyifatkan semua pihak termasuk Norizam perlu berlandaskan fakta dan realistik dengan situasi semasa.

Buat masa ini sememangnya skuad kebangsaan tiada perlawanan disebabkan situasi tidak menentu, tetapi jika dilihat dalam tempoh 2018 hingga 2021, ranking Malaysia naik ke 14 kedudukan terutama berdasarkan perlawanan pra kelayakan Piala Dunia.

Dalam soal ini Norizam dinasihatkan tidak boleh cepat meng3cam ranking skuad kebangsaan, jangan ‘pvkul anak, sindir menantu’.

“Secara realistiknya, berdasarkan peningkatan ranking ini saya melihat skuad kebangsaan dalam landasan yang tepat untuk mencapai misi F:30 dan dengan usaha untuk terus tingkatkan prestasi dan perbaiki lagi mutu perlawanan, tidak mustahil ranking kita akan terus naik,” katanya.