Pilihan Kelantan FC

Kelab Bola S3pak Kelantan (Kelantan FC) memilih untuk menggunakan khidmat 90 peratus pemain muda kelahiran negeri itu, bagi memberi cab4ran pada sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengurus Operasi The Red Warriors (TRW) Kelantan FC Jamilulail Jamiludin berkata, barisan ‘ubi muda’ itu terdiri daripada pemain skuad Piala Belia dan Presiden Kelantan musim 2020.

Jelasnya, pemilihan itu dilakukan pemilik dan pengurusan baharu Kelantan FC, selain dipantau pemilik kelab itu, Norizam Tukiman.

“Satu perl4wanan antara pasukan bawah 19 dan 21 tahun itu diadakan di Padang Sintetik Kota Bharu, hari ini, bagi mengenal pasti pemain terbaik untuk diserap ke kelab ini.

“Pengarah teknikal kelab yang juga bekas pemain Johor dan kebangsaan Abdul Nasir M Yusof bertanggungjawab memilih pemain sambil dipantau sendiri oleh pemilik kelab Norizam Tukiman.

“Hasil daripada perl4wanan persahabatan ini, 90 peratus pemain terbaik dari kedua-dua pasukan bakal diserap masuk ke pasukan utama pada musim 2021,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui akaun Facebook rasmi kelab itu, hari ini.

Jamilulail berkata mereka yang dipilih akan menerima ‘ramuan’ jurulatih dari Itali, untuk menghadapi aksi kompetitif dalam kempen Liga M.

“Pemain ini bakal di ‘DNA’ kan oleh ketua jurulatih pasukan dari Itali yang akan membentuk semula pasukan muda ke taraf antarabangsa.

“Pemain yang terpilih akan diumumkan bersama barisan kejurulatihan, dalam sebuah majlis khas pengenalan pasukan pada awal Januari 2021,” tambahnya.

Sebelum ini, Norizam dilap0rkan berkata akan melakukan romb4kan secara besar-besaran terhadap pemain dan barisan jurulatih bagi menghadapi sa!ngan Liga-M musim depan. – BERNAMA