Pertemuan Paling Istimewa Musim 2020

Kuala Lumpur: Perebutan posisi naib juara Liga Super antara Perak dan Kedah di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad ini, menjadi elemen persaingan paling menarik untuk disaksikan pada minggu terakhir Liga Malaysia (Liga-M).

Hanya dipisahkan satu mata buat kedua-dua pasukan, pemenang bukan sahaja meraih kedudukan tempat kedua namun paling penting, salah satu daripada dua slot yang ditawarkan ke Piala AFC pada musim depan.

Bagi ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, beliau tidak mahu merasai sebarang tekanan buat masa ini biarpun sedar hanya kemenangan sahaja mampu membawa skuad The Bos Gaurus berada di tempat kedua Liga Super.

Berbekalkan momentum yang dibina sejak empat perlawanan terakhir, Mehmet berharap situasi itu mampu menjadi azimat buat Perak walaupun mereka terpaksa meratapi ketiadaan ketua pasukan, Shahrul Saad ekoran digantung satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.

Moral pemain buat masa ini berada di tahap menakjubkan ditambah dengan semangat yang mereka tampilkan ketika mampu bangkit daripada ketinggalan tiga gol sebelum seri 3-3 berdepan Pahang selain berjaya menang dalam tiga perlawanan sebelum itu.

Jadi, saya tidak mahu terlalu memberikan t3kanan kepada pemain walaupun sedar hanya kemenangan akan membawa kami berada di tempat kedua kerana mereka telah memberikan segalanya dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, katanya.

Dalam pada itu, Mehmet mengakui ketiadaan Shahrul umpama satu kehilangan besar kepada Perak bagi menghadapi Kedah namun beliau mendapat sedikit kelegaan apabila penyerang import, Guiherme de Paula dijangka sempat pvlih daripada masalah hamstr!ng.

Buat masa ini saya belum memikirkan siapa yang akan menggantikan Shahrul dan sememangnya ketiadaan dia, agak merumitkan perancangan saya kerana dia antara tonggak paling penting di bahagian pertahanan.

Cuma saya gembira mendapat perkhabaran yang de Paula semakin positif dalam latihan dan peluangnya kini 50-50 untuk diturunkan bagi bertemu Kedah.

Saya tidak mahu berasa terlalu gusar kerana di akhirnya, bola sepak adalah sukan berpasukan dan apa yang paling penting, bagaimana pemain saya beraksi antara satu sama lain pada perlawanan itu nanti,  katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *