Penguasaan Ronaldo, Messi Berakhir

BUAT kali pertama dalam tempoh 10 tahun, bint@ng Juventus, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tidak tersenarai dalam tiga calon terakhir untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan UEFA sekaligus memberi bayangan penguasaan mereka dalam dunia bola sepak sudah pun berakhir.

Bintang Argentina itu enam kali tersenarai sejak sembilan tahun lalu dengan dua kali memenanginya manakala CR7 terpilih tiga pemain terbaik pada setiap musim sejak anugerah itu diwujudkan pada 2010 dengan memenanginya tiga kali dan menduduki tempat kedua sebanyak dua kali.

Anugerah itu diberikan berdasarkan prestasi pemain untuk kelab dan negara dalam tempoh 12 bulan dengan aksi di Liga Juara-Juara turut memainkan peranan penting namun Ronaldo dan Messi ggal menyinar pada kempen musim lalu sekaligus menjej@skan pemilihan mereka.

Pemenang tahun ini yang bakal diumumkan bulan depan menyaksikan persaingan di antara Robert Lewandowski, Manuel Neuer dan Kevin de Bruyne seperti disahkan UEFA

Juventus ters!ngkir daripada kejohanan berprestij Eropah itu berdasarkan jaringan di tempat law@n pada saingan 16 terakhir di tangan Lyon manakala skuad Messi turut mengalami nasib sama tetapi dengan cara lebih memalvkan apabila tewas 2-8 kepada juara kejohanan, Bayern Munich pada saingan suku akhir.

Ronaldo kini berusia 35 tahun dan tidak sehebat dahulu manakala musvhnya Messi turut berdepan masalah sama walaupun mempunyai kelebihan dari segi umur namun kedua-duanya tetap dihormati kawan dan l@wan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *