Pengganti Brendan Gan

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sedang menilai kemampuan pemain tengah lain bagi mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Brendan Gan.

Gan tidak dapat beraksi pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 men3ntang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun depan kerana telah mengutip dua kad kuning.

Kami ada beberapa pilihan untuk menggantikan Brendan Gan dan kelibat Daniel Amir Norhisham, Syahmi Kutty, Azam Azih serta Liridon Kraniqi memberi suasana terbaik dalam latihan.

“Kami berharap masalah bahagian tengah ini akan selesai’” kata Cheng Hoe menurut laporan Stadium Astro.

Tambah Cheng Hoe, beliau juga akan memantau perkembangan pemain yang beraksi di luar negara seperti Dominic Tan yang ketika ini bermain bersama Police Tero di saingan Thai League 1.

Malaysia akan turun berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun depan sebelum berdepan skuad kendalian Park Hang-seo iaitu Vietnam lapan hari kemudian.

Aksi penutup perlawanan kelayakan pula menyaksikan skuad Malaysia akan menghadapi t3ntangan dari Thailand pada 15 Jun depan.