Pemain yang ada di JDT punyai kelebihan -TCH

Ketika ada pihak yang menganggap penyertaan Mohamadou Sumareh ke Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh memusnahkan masa depan karier pemain itu, namun lain pula pendapat pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.

Bekas jurulatih Kedah itu menyifatkan penghijrahan pemain berstatus kebangsaan itu ke JDT harus dilihat dari sudut positif yang mana ia turut boleh menyumbang kebaikan buat skuad H@rimau Malaya.

Katanya, dengan fasiliti terbaik dan saingan sengit antara pemain untuk merebut tempat dalam skuad utama H@rimau Selatan boleh mewujudkan persaingan sihat atau usaha ‘sama naik’ semua pemain.

“Saya rasa dengan suasana, fasiliti terbaik dan dibarisi pemain yang orang kata berkualiti akan memberi satu saingan sengit.

“Bagi saya pemain yang ada di JDT mempunyai kelebihan termasuk persaingan sihat dalam latihan dan perlawanan, memang ada manfaat untuk pasukan kebangsaan,” kata Cheng Hoe kepada BH Sukan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penyertaan pemain naturalisasi pertama negara, Sumareh ke JDT selain skuad H@rimau Selatan turut dibarisi sebahagian besar pemain berstatus kebangsaan.

BH Sukan semalam turut melaporkan selaku pemain baharu, Sumareh perlu ‘mengaum’ lebih kuat dalam ‘kandang’ H@rimau Selatan untuk bersaing merebut tempat dengan pemain lain termasuk tonggak utama, Safawi Rasid di bahagian sayap kanan.

Ia susulan pelbagai reaksi sama ada positif dan negatif turut dibuat beberapa pihak selepas pemain kelahiran Gambia itu sah menyertai skuad H@rimau Selatan minggu lalu.

Ada yang menganggap Sumareh boleh ‘tenggelam’ dan terperap di bangku simpanan sekiranya tidak dapat menyaingi pemain lain dalam skuad juara bertahan Liga Super tujuh kali berturut-turut itu.

sumber : UM

Malah, ada juga yang melabel skuad H@rimau Selatan sebagai jelmaan skuad H@rimau Malaya atau ‘H@rimau Malaya II’ kerana dibarisi hampir keseluruhan bintang skuad kebangsaan termasuk pemain berdarah campuran.