Pemain Naturalisasi Terbaharu Dari Belanda

Tonggak tengah Persija Jakarta, Marc Klok dari Belanda kini mendapat status warganegara yang sah untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan Indonesia.

Proses naturalisasi pemain yang berusia 26 tahun itu mendapat sokongan daripada Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia, Kementerian Belia dan Sukan Indonesia (KEMENPORA) dan Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia (KEMENKUNHAM).

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan mengakui lega dengan keputusan Marc Klok menjadi rakyat negara itu. Beliau berharap kehadirannya dapat memberikan impak yang positif dalam skuad kebangsaan.

PSSI gembira Marc Klok sudah sah menjadi warga negara Indonesia. Sudah tentu ini hal yang positif bagi PSSI kerana Klok boleh dipanggil memperkuatkan pasukan kebangsaan.

Klok merupakan pemain hebat, dia sudah menunjukkan bakatnya ketika bermain untuk beberapa kelab di eropah, dan kini bermain di Persija Jakarta, katanya dalam laman web rasmi PSSI.

Klok sudah beraksi dalam saingan Liga Indonesia sejak tahun 2017 dan pernah membantu PSM Makassar muncul sebagai naib juara Liga 1 pada tahun 2018 dan juara Piala Indonesia pada tahun lepas.

Beliau kemungkinan akan dipanggil untuk memperkuatkan Indonesia dibawah kendalian Shin Tae Yong dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan datang.

Beliau tekad bantu Indonesia memenangi sekurang-kurangnya satu piala tahun depan.

Terima kasih kepada Ketua Umum PSSI (Mochamad Iriawan) dan pihak-pihak yang telah membantu saya dalam proses naturalisasi ini. Saya merasa senang, semua proses yang sudah dilakukan berjalan dengan lancar.

Selama ini, saya menikmati bermain di Liga Indonesia serta tertarik juga denganĀ  budaya Indonesia yang dikenal dengan sikap ramahnya. Saya berharap dapat memperkuat timnas Indonesia nantinya, katanya.

Klok juga sebelum ini pernah mendapat panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan Indonesia ketika dibawah kendalian Simon McMenemy. Namun, beliau tidak sempat melakukan penampilan pertama kerana proses naturalisasinya masih belum selesai.

Selain Marc Klok, Indonesia kini sudah mempunyai lima pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan iaitu Otavio Dutra, Greg Nwokolo, Osas Saha, Alberto Goncalves dan seorang pemain yang pernah beraksi dalam Liga Thailand bersama kelab PTT Rayong iaitu Victor Igbonefo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *