Pemain Kacukan Malaysia bantu kemenangan besar di Eropah

FC Midtjylland meraih kemenangan besar apabila menewaskan FC Copenhagen dengan keputusan 4-0 dalam perlawanan saingan Danish Superliga Ahad lalu.

Dalam perlawanan tersebut, pemain kacvkan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools beraksi penuh selama 90 minit sekaligus menambah minit bermain beliau bersama Midtjylland.

Dion Cools bersaing hebat dengan seorang lagi pemain pertahanan kanan, Joel Andersson bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Brian Priske itu.

Priske masih belum mempunyai pemain tetap bagi mengisi posisi pertahanan kanan dimana beliau menurunkan Andersson dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) minggu lalu dan kemudiannya beliau menurunkan Dion pada perlawanan Ahad lalu.

Kemenangan ke atas Copenhagen menjadikan FC Midtjylland kini menduduki tangga kedua dalam saingan Danish Superliga dengan kutipan 16 mata, satu mata di belakang pendahulu, SønderjyskE Fodbold.

Pada perlawanan seterusnya, Midtjylland akan turun men3ntang Aarhus Gymnastikforening di tempat lawan pada 22 November ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *