Patah tumbuh, hilang berganti

Perak tidak akan me­ratapi pemergian striker prolifik, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi yang berhijrah ke Selangor musim ini.

Bos Gaurus sebaliknya akan mencari striker import berwibawa bagi memantapkan jentera s3rangan untuk menghadapi Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Tidak guna ditangisi orang sudah pergi. Hidvp perlu dite­ruskan. Patah tumbuh, hilang berganti.

Jadi Perak akan mencari pengganti Eky iaitu seorang striker import untuk digan­dingkan bersama (Guilherme) De Paula, kata pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah kepada Utusan Malaysia semalam.

Adly yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, Bos Gaurus mempunyai satu lagi kekosongan kuota Asia.

Shahrel atau lebih mesra disapa Eky mempamer aksi cemerlang musim lalu apabila mel3dak 10 gol, sekali gus membolehkannya muncul penjaring terbanyak tempatan Liga Super, selain di­nobat sebagai Striker Terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK 20) Virtual, Rabu lalu.

Aksi cemerlang Shahrel, 25, itu juga menyebabkan Red G!ants amat ‘terg0da’ untuk menyambarnya bagi digandingkan dengan penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun.

Sementara itu, Adly berkata, biarpun kehilangan beberapa tonggak, namun ­Perak masih ampuh kerana mempunyai khidmat ramai pemain musim lalu.

Kerangka pasukan masih ada. Ditambah dengan kehadiran beberapa pemain baharu saya yakin kemampuan Perak tidak terjejas, ujarnya.

Skuad Bos Gaurus yang dibimbing Mehmet Durakovic menamatkan kempen Liga M 2020 de­ngan menduduki tangga keempat menerusi 18 mata, 11 mata ditinggalkan juara, Johor Darul Ta’zim (JDT).