Pasukan Luar Negara Lamar Beliau

KUALA LUMPUR: Liga tempatan atau liga luar negara?

Mungkin itu perkara yang sedang berlegar dalam fikiran B Satianathan selepas bekas pengendali Selangor itu mengakui khidmatnya sudah dirisik beberapa pasukan tempatan dan luar negara selepas dipecat Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), bulan lalu.

Situasi ini menyaksikan jurulatih berusia 62 tahun itu tidak akan berehat terlalu lama daripada arena kejurulatihan, namun menegaskan dia masih perlu memikirkan pilihan terbaik jika tawaran secara rasmi ‘mengetuk’ pintu rumahnya.

Memang ada beberapa pihak yang sudah menghubungi saya dari dalam dan luar negara tetapi kebanyakan lebih kepada cakap-cakap dan belum ada tawaran secara rasmi. Kalau ada tawaran rasmi nanti, barulah saya pertimbangkan.

Kalau ada (tawaran), saya perlu lihat visi dan misi pasukan itu juga kerana sudah tentu saya mahukan pasukan yang bercita-cita besar dan ada perancangan yang baik, katanya.

Terdahulu, bekas pengendali skuad kebangsaan itu menjadi k0rban kedua Liga Malaysia (Liga M) apabila dip3cat FAS susulan kekalahan memalvkan 6-1 yang dilakar The Red G!ants di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tempat Satianathan dipikul sementara oleh Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner sehingga ketua jurulatih yang baharu diumumkan nanti.

Sebagai rekod, Satianathan mendedahkan dia tidak pernah berehat panjang sebagai jurulatih dengan tempoh paling lama dia tidak terbabit dengan bidang kejurulatihan adalah selama enam bulan.

Itu pun kerana dia dikenakan penggantungan selama enam bulan pada 2010 kerana ketika itu mengendalikan Kelantan yang digantvng Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *