Pahang Kembali Lega

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh lega selepas lima daripada enam pemain yang berdepan masalah keced3raan sudah kembali menjalani latihan bersama skuad itu.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kehadiran lima pemain itu, termasuk tiga import begitu bermakna ketika skuad Pahang dalam persiapan menghadapi kempen Piala Malaysia.

Saya lega apabila lima daripada enam pemain yang sebelum ini dihimpit masalah kec3deraan sudah kembali berlatih dalam memperkemaskan jentera pasukan.

Walaupun Dickson Nwakaeme belum benar-benar pvlih tetapi ia cukup memberi harapan bahawa dia akan berada dalam kesebelasan utama.

Diharapkan tempoh seminggu ini Nwakaeme dapat mencapai tahap kecergasan dan pulih 100 peratus untuk menajamkan jentera s3rangan, katanya.

Selain Nwakaeme, empat pemain yang sudah pvlih daripada keced3raan ialah Herold Goulon, Adam Reed, R Dinesh dan Faisal Abdul Halim.

Pemain muda Pahang, Zuhair Aizat Nazri pula masih lagi menjalani proses pemulihan selepas mengalami kec3deraan ketika berdepan Terengganu FC (TFC) Pada perlawanan terakhir saingan Liga Super lalu.

Ditanya persiapan skuad Pahang menjelang kempen Piala Malaysia, Dollah berkata, segalanya mengikut perancangan untuk mempamer prestasi lebih mantap.

Saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain sepanjang sesi latihan dan diharapkan mereka dapat beraksi pada tahap terbaik sebaik Piala Malaysia bermula nanti, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *