Nwakaeme Sedia terima tawaran pasukan Liga M dengan Syarat

Dickson Nwakaeme tidak menutup sepenuhnya pintu buat mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang berhajat mendapatkan khidmatnya musim depan. 

Striker berusia 34 tahun itu mengumumkan aksi berdepan Kedah dalam pusingan pertama Piala Malaysia yang berakhir dengan kekalahan 2-3, kelmarin, sebagai kelibat terakhirnya menyarung seragam Pahang.

Tiada yang kekal. Masa untuk perubahan dan beri peluang kepada pemain lain pula untuk mencuba.

Bagi saya, ia sudah lumrah. Umur hanyalah angka.

Pahang lebih sekadar daripada bola sepak, terima kasih Pahang, terima kasih semua orang, katanya dalam temu bual eksklusif bersama Nadi Weekend sebentar tadi.

Nwakaeme gagal menyudahkan sepakan penalti ketika di kedudukan 1-3 dan beraksi sepanjang permainan.

Ia petanda bahawa dia masih mampu meneruskan karier tetapi dalam masa sedar, faktor kec3deraan sering menghantuinya.

Saya berasa sangat baik, beginilah bola sepak tidak akan yang kekal di satu tempat untuk selamanya.

Saya perlukan pendekatan berbeza (dalam hidup) dan sekiranya saya meneruskan (karier), saya mahu terus bermain di Malaysia sebab sudah selesa jadi tidak perlu (ambil masa) menyesuaikan diri lagi.

Sebuah pasukan yang mahukan saya itu perlu sudah bersedia, misalnya mempunyai kemudahan yang boleh membantu saya beraksi lebih kerap.

Pahang sedang ke arah itu dan ia bakal menjadi sesuatu yang berlainan di Malaysia tetapi ketika ini, belum lagi bersedia, katanya.

Pengg3mpur kelahiran Nigeria itu muncul dalam Liga-M buat kali pertama ialah bersama Kelantan pada 2013.

Dia berkelana ke seteru Pantai Timur, Pahang, pada musim berikutnya selama dua musim.

Selepas itu, dia ke liga Perancis dengan menyertai Angers SCO sebelum kembali juara Piala FA 2018 itu musim lalu.

Sepanjang lima musim, dia menganggap kejayaan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah detik paling diingatinya dalam Liga-M.

Kenangan paling manis saya di Malaysia ialah ketika memenangi Piala Malaysia pada 2013 dengan 10 pemain, apatah lagi berdepan 11 pemain JDT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *