Nama JDT Trending Di Indonesia

Seperti yang dimaklumkan oleh TMJ dalam sesi pengenalan Danial Amier semalam, pasukan JDT akan menandatangani seorang pemain muda berbakat besar dari Indonesia.

Hari ini perkara tersebut diumumkan secara rasmi melalui laman sosial rasmi mereka, dimana bekas pelatih kelab Levante, Syahrian Abimanyu sah menyertai juara AFC Cup 2015 itu sebagai salah satu perancangan jangka masa panjang pasukan.

Penyertaan Syahrian Abimanyu dalam skuad JDT ini bukan sahaja dilihat sebagai langkah membina pasukan, malahan turut akan memperkasakan status JDT selaku salah sebuah pasukan g3rgasi di Asia Tenggara dan pastinya bakal ‘membawa’ banyak merit kelab lebih meluas di Indonesia.

Dijangkakan seluruh media sukan Indonesia akan melaporkan perpindahan Syahrian Abimanyu hari ini dan bakal menjadikan nama Johor Darul Ta’zim (JDT) melet0p di Indonesia seterusnya mengukuhkan lagi nama mereka di negara itu.