Nak Tegur Fahami Proses Dulu

pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberi teguran kepada pemilik pasukan Liga Malaysia.

Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, TMJ menyatakan segelintir individu yang menjadi pemilik pasukan hanya pandai membuat kenyataan tanpa ada sumbangan atau memahami industri bola sepak.

Tambah TMJ lagi, jika mahu memajukam bola sepak serta pasukan kebangsaan, pemilik perlu fokus terhadap pasukan sendiri.

Jika kelab membangun, maka liga serta infrastruktur akan turut membangun sekaligus bakal memberi sumbangan kepada pasukan kebangsaan.

Tunku Ismail turut memberi teguran kepada segelintir pemilik dimana mereka boleh memberikan kr!tikan mengenai situasi kelab ataupun gaji pemain dan pegawai, namun tidak mengenai ranking.

Sebelum ini, pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman atau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan mempersoalkan ranking pasukan negara yang berada di tangga ke-158.

Kr!tikan tersebut muncul selepas terdapat laporan yang mengatakan pasukan Kelantan bakal dipotong mata ekoran masih terpalit dengan isu tunggakan gaji.